Sastera
KONSEP SASTERA
Perkataan sastera berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu "castra". Susastera pula membawa maksud khusus iaitu:
- su : indah, baik, lebih berfaedah
- sastera : huruf atau buku
- (ke) susastera (an) : kumpulan buku yang indah bahasanya dan baik isinya.
Kamus Dewan mendefinisikan sastera sebagai satu hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Secara umumnya, kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucpan yang indah-indah, sama ada bertulis ataupun tidak.
Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan seharian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah darpada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Selain itu, pelbagai peribahasa dan pepatah sering kita gunakan dalam pertuturan seharian yang sebenarnya juga merupakan satu bentuk kesusasteraan.
Kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri. Kesusasteraan dapat dibahagikan dalam pelbagai bentuk bahasa. Secara kasarnya, kesusasteraan boleh dibahagikan kepada dua kategori yang besar menurut bentuk bahasa yang digunakan yakni:
- Prosa -
- Puisi -