Refleksi minggu kedua
Tugasan amali yang telah ditetapkan untuk minggu kedua adalah berkaitan dengan pencarian dan pengumpulan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah rendah. Bahan-bahan tersebut perlu dikategorikan mengikut tiga kemahiran berbahasa iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Untuk itu, saya telah memuat turun bahan-bahan grafik, teks, audio dan video daripada laman internet melalui carian google. Melalui tugasan minggu kedua ini, saya dapat mengetahui cara-cara memuat turun bahan khususnya bahan video daripada laman yputube. Terlebih dahulu, saya perlu memuat turun youtube downloader secara percuma daripada internet. Setelah itu, video yang saya perolehi daripada laman youtube dapat dimuat turun melalui youtube downloader tersebut.
Tugasan ini membolehkan saya mengetahui beberapa laman internet yang membolehkan bahan-bahan dimuat turun. Misalnya, youtube, 4shared, takemp3, serta beberapa website yang mengandungi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah rendah. Segala maklumat yang telah saya ketahui ini sudah tentu amat berguna sebagai rujukan pada masa akan datang. Selain itu juga, bahan-bahan grafik, audio, teks dan video dalam simpanan saya kini akan dapat saya aplikasikan setelah bergelar guru kelak.
Jumiati Binti Yassin
PISMP BM Kump. 2