Refleksi minggu kelima
Tugasan amali minggu kelima adalah berkaitan dengan pembinaan pakej pembelajaran serta laman sesawang yang mengandungi segala bahan yang diperolehi dalam setiap tugasan mingguan.
Melalui tugasan amali ini, saya dapat mengetahui dan mengusai pelbagai aplikasi yang boleh dilakukan dalam pembinaan sesuatu bahan menggunakan Microsoft power point. Meskipun sudah seringkali membina bahan menggunakan power point, namun masih banyak ciri-ciri lain yang belum saya ketahui. Misalnya, menggunakan hyperlink dan animasi dalam power point. Melalui tugasan minggu kelima yang dilakukan secara berkumpulan ini, saya dapat mempelajari banyak perkara dengan membuat perbincangan serta mendalami power point tersebut bersama rakan-rakan sekumpulan.
Di samping itu, saya berpeluang membina laman sesawang sendiri yang mengandungi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah rendah. Melalui pembinaan laman sesawang ini, saya dapat berkongsi maklumat serta bahan-bahan berkaitan dengan rakan-rakan lain.
Jumiati Binti Yassin
PISMP BM Kump. 2