Refleksi minggu ketiga
Internet merupakan satu kemudahan yang amat penting kerana ia membolehkan pengguna mendapatkan maklumat yang diingini dengan lebih banyak, cepat dan mudah. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang menyalahgunakan kemudahan perkhidmatan internet khususnya di agensi kerajaan. Oleh itu, garis panduan dan tatacara penggunaan internet dan e-mel telah dibentuk sebagai panduan kepada para pengguna. Tugasan bagi minggu ketiga adalah berkaitan dengan topik tersebut.
Kami dikehendaki mencari dan memuat turun garis panduan mengenai tatacara penggunaan internet dan e-mel di agensi kerajaan. Setelah itu, maklumat-maklumat tersebut perlu dipindahkan ke dalam bentuk micrososft power point dan brosur. Melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui dan memahami panduan dan tatacara penggunaan internet yang telah ditetapkan untuk para pengguna. Tatacara tersebut dihuraikan dalam aspek hak akses pengguna, memilih laman, pengesahan maklumat, muat naik bahan, muat turun bahan dan perbincangan awam,
Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, saya dapati bahawa penggunaan internet dengan cara yang tidak bertanggungjawab boleh mengancam keselamatan, keutuhan dan kerahsiaan maklumat, melemahkan sistem ICT dan pengurusan rekod elektronik, mengganggu system rangkaian ICT dan merosakkan imej Perkhidmatan Awam. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru yang akan berkhidmat dalam sektor kerajaan, saya perlu memahami dan mematuhi panduan dan tatacara yang telah ditetapkan.
Tugasan minggu ketiga ini memerlukan saya mempelajari dan menguasai cara-cara pemindahan maklumat ke dalam bentuk power point dan brosur. Pembinaan power point juga dihadkan sebanyak 15 slaid sahaja. Untuk itu, saya perlu memilih isi-isi penting sahaja untuk dipindahkan ke dalam power point dan brosur. Pembinaan power point dan brosur juga memerlukan kreativiti masing-masing untuk menarik perhatian pembaca.
Jumiati Binti Yassin
PISMP BM Kump. 2