Refleksi minggu pertama
Tugasan bagi minggu pertama adalah berkaitan dengan pencarian alamat internet yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah rendah. Selain itu, kami juga dikehendaki menyimpan alamat internet dalam bentuk fail internet serta katalog internet. Dalam melaksanakan tugasan amali bagi minggu yang pertama ini, pelbagai manfaat telah saya perolehi termasuklah dalam aspek pemerolehan ilmu dan kemahiran.
Sebelum pelaksanaan tugasan ini, saya kurang memahami kaedah penyimpanan laman internet. Walau bagaimanapun, melalui bimbingan dan tunjuk ajar pensyarah pembimbing, saya kini dapat memahami dan mengusai kaedah penyimpanan laman internet untuk simpanan peribadi. Saya dapati, adalah amat mudah untuk menyimpan alamat internet atau laman sesawang sebagai simpanan peribadi untuk kegunaan pada masa akan datang. Melalui ketiga-tiga kadah yang telah saya pelajari ini, alamat internet yang telah disimpan dapat diakses semula dengan mudah pada masa ia diperlukan kelak.
Berdasarkan ketiga-tiga bentuk simpanan laman internet iaitu alamat internet, fail internet dan katalog internet, saya berpendapat kaedah penyimpanan fail internet mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding kaedah alamat internet dan katalog internet. Hal ini kerana langkah-langkah pnggunaannya adalah lebih ringkas. Selain itu, setelah fail yang dikehendaki disimpan, ia dapat diakses semula dengan lebih mudah.
Melalui pelaksanaan tugasan amali ini juga, segala alamat internet dan laman sesawang yang telah saya susunaturkan dalam folder-folder tertentu, amat bermanfaat untuk kegunaan pada masa akan datang memandangkan kesemuanya berkaitan dengan bahan-bahan yang boleh saya gunakan untuk pengajaran subjek bahasa Melayu sekolah rendah kelak.
Jumiati Binti Yassin
PISMP BM Kump. 2